http://www.rahsiainternet.com/pakej
Perniagaan Internet: Workshop Jutawan Internet, Kuala Lumpur
Workshop perniagaan Internet #1 yang dapat memberi daya saingan hebat kepada perniagaan Internet anda oleh Irfan Khairi! 23hb Ogos 2008, JW Marriott, KL

Pakej Belajar dari Rumah
Pakej lengkap D-I-Y
memulakan perniagaan
Internet yang berjaya

CD Rom Langkah 1-2-3
Langkah mudah diikuti
membina laman web
perniagaan anda
Rahsia Jutawan-Jutawan
Internet Terbongkar

Buku Perniagaan Internet
#1 Terlaris di pasaran

speed.jpgDalam perniagaan DAN motivasi diri, “kepantasan” adalah kunci. Dalam buku The Secret, ia menyebutkan tentang…

The universe likes speed (Alam sukakan pada kepantasan)

Kalau melihat mereka yang berjaya, ramai melakukan kerja dengan pantas. Pantas bukan sahaja maksudnya melakukan perkara dengan cepat, tetapi, juga yang penting, memulakan sesuatu itu dengan cepat!

Kepantasan akan memberi seseorang itu:

  • Momentum yang sukar untuk dihentikan. Bayangkan sebuah kereta yang laju… kalau tekan break, mesti masih sukar untuk berhenti.
  • Berganda-ganda pengalaman. Bila pantas, kita dapat melakukan banyak kerja dalam masa yang singkat. Teringat saya kisah Anthony Robbins ketika masih muda (dan bekerja sebagai trainer sebuah syarikat), beliau memberi 4 training sebulan berbanding rakan2 pejabatnya yang menjalakan 1 training sebulan. Katanya, dengan menjalankan 4 training sebulan, dirinya mendapat 4 kali ganda pengalaman berbanding rakan-rakannya.
  • Kepantasan memberi kita fokus yang hebat. Apabila kita mempunyai matlamat perniagaan dan hidup dan memberi komitmen untuk mencapainya dengan pantas, minda kita akan memeberi fokus yang amat tinggi untuk mencapainya.

Sekiranya anda terasa diri anda dalam keadaan yang tidak bermotivasi. Atau belum lagi mencapai matlamat-matlamat anda, tanya pada diri sendiri… adakah anda melakukan perkara2 untuk mencapainya dengan pantas? Ataupun anda berlengah-lengah dan melakukan segalanya perlahan-lahan… kata mat salleh:

Taking your own sweet time :)

So, crank up the volume, dan lakukan segala-galanya dengan pantas!

ps: Bagi yang selalu ikut perkembangan saya, pasti dapat lihat bagaimana saya selalu gunakan strategi “kepantasan” untuk mencapai apa sahaja matlamat. Bulan ini sahaja saya menjalankan 4 workshop Jutawan Internet- dua di KL (awal bulan dan Sabtu lepas), Brunei (semalam) dan Singapura (Sabtu akan datang). Berbanding dengan pakar kewangan lain (tak kira bidang apa) yang menjalankan public seminar setahun 2-3 kali sahaja.

Dengan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta-peserta Workshop Jutawan Internet KL, Brunei & Singapore (Sabtu ni) kerana memberi peluang saya berkongsi maklumat dengan anda semua! Memang seronok… ni pun tengah tunggu flight balik ke KL dari Brunei. Malam ni ke Ipoh pula sebab ada talk pagi esok. Jumaat ini ke Singapura. Memang pantas.

Pastikan anda juga pantas dalam motivasi dan perniagaan!

Pendapat Anda? [25] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perkhidmatan yang pantas!
  • Berikan 110% Komitmen
  • Lain orang, lain cara motivasi
  • Ubah hidup anda dengan lebih pantas

  • Sedikit strategi perniagaan sejarah Islam…

    unta.jpgPada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

    Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

    Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?

    Apabila ditanya, jawabnya…

    Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

    Hebat!

    Pendapat Anda? [31] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Nasihat perniagaan Abdul Rahman B Auf
  • Pelancaran buku perniagaan Internet
  • Pelancaran buku yang lancar…
  • Jutawan! bersama jutawan muda ICT

  • Hari ni, reality, kita santai-santai saja lah ya…

    Entah kenapa, antara soalan yang saya selalu terima (yang bukan Perniagaan, Motivasi atau Internet related) adalah…

    “Irfan bawak kereta apa?”

    Saya pun tak tau kenapa soalan camtu di tanya? Jawapan saya selalunya adalah…

    “Saya bawa kereta kecik je…”

    Maybe yang bertanya expect saya bawak Merc ke, Beemer ke, Ferrari ke… ish. Tak lah…
    So, untuk menjawab soalan ni, once and for all… IK bawa kereta…

    newbeetle.jpg

    New Beetle! Atau orang panggil The Bug. Atau orang kita panggil kereta kura-kura (macam mana la dari insect boleh jadi kura2 ? ) And yes, beetle saya warna merah! Warna kegemaran saya ;)
    Mengapa saya tak bawa kereta mewah seperti kebanyakan orang berada?

    1. Saya tak berapa minat kereta mewah. Nothing wrong with with the cars atau pemiliknya. Bagi saya kereta mewah memang power! Cuma, pilihan saya sendiri yang tak minat kereta mewah :)
    2. Bagi yang kenali saya, dan tahu personaliti saya (ramai peserta Workshop pasti tau), pasti nampak bahawa saya ni bukan jenis yang suka mewah dan saya jenis “down to earth” and “fun”. Sebab tu nama Ir”fun”. So, New Beetle menarik minat saya sebab it’s a FUN car. Macam kereta mainan je… :)
    3. Mungkin sifat diri saya sendiri yang suka lain daripada yang lain (USP). Dari zaman dulu sampai zaman sekarang, kereta Beetle adalah antara kereta yang kelihatan pelik di jalan raya kerana bentuk dia berlainan dengan kereta-kereta lain. So, saya bawa kereta yang ada USP ;)

    Accessory dalam kereta saya:

    • GPS system “Germin”. Sebab saya selalu buat talk di tempat-tempat berlainan, bila ada GPS system, senang saya cari tempat- tak lah sesat!
    • Ipod connection cable. Yang ni accessory tambahan saya tambahkan sebab dalam kereta mestilah dengar lagu rock :) Takde ipod touch saya, tak sah!
    • Buku-buku. Sebab bila perlu tunggu dalam kereta, saya mesti baca buku- so, tak membuang masa.

    So itulah dianya kereta IK… kalau nampak saya kat jalan raya, boleh bunyikan horn ;)  

    ps: Ni saya nak tanya anda ni… full tank kereta saya RM130 boleh sampai 350km-400km (kegunaan biasa dalam KL). Kereta anda berapa? (saja survey ke-economy-an kereta ni).

    Pendapat Anda? [36] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Beli kereta guna duit orang…
  • Konsep Rich Dad Poor Dad di Internet
  • Kunci Kekayaan - Keinginan
  • Kategori baru: REALITY! hidup Irfan Khairi

  • Posting saya kali ini, *mungkin* menyebabkan ada yang rasa kurang selesa sedikit sebab saya nak sebut tentang meletakkan harga. Bukan harga biasa je, tetapi harga yang tinggi…

    Sebab kita rasa “tak selesa” tu, sebab itulah juga kita patut buang perasaan ini jauh-jauh. Bila sebut tentang harga, rata-rata masyarakat kita mula jadi pemalu macam P.Ramlee nak mengorat dalam film :)

    Contoh, bila kita tanya: “Berapa harga perkhidmatan u ni?”

    Jawapan biasa kita dengar: “Alah… biasa-biasa je… bab letak-letak harga ni i tak pandai. u la bagi tau berapa. I terima je…”

    Bila ciptakan produk, tak tau nak letak harga, tanya kawan-kawan… kebanyakan kawan-kawan akan suruh letak harga rendah. Kita pun, letak lah harga rendah sebab “segan” nanti apa pula orang kata letak harga tinggi…

    Aik? Kita yang jalankan perniagaan, orang lain yang letakkan harga? Hebat ni :)
    Sounds familiar?

    Pendapat saya, banyak- terlalu banyak produk atau perkhidmatan orang-orang Malaysia diletakkan pada harga rendah. In other words, underpriced! Letak harga rendah kerana kualiti kurang, tak mengapa… tetapi, good quality product/services, diletakkan pada harga rendah is not good.

    • Anda perlu tahu bahawa, harga menentukan profit margin. Keuntungan “satu” jualan sahaja anda perlu tahu bukan dikira untuk keuntungan jangka pendek. Tetapi, keuntungan hari ini adalah untuk kembangkan lagi perniagaan. Kalau harga rendah, profit rendah, bagaimana hendak kembangkan perniagaan esok?
    • Sekiranya produk anda kualiti hebat, tetapi anda letak pada harga rendah. Dan produk pesaing anda kualiti yang kurang hebat sikit (tetapi bagus) meletakkan harga lebih tinggi dari anda. Agak-agaknya perniagaan mana yang akan berkembang lebih maju dan jadi lebih hebat? Pada pendapat saya perniagaan pesaing anda!
    • Ramai juga berfikir, jalan untuk bersaing dengan pesaing adalah dengan merendahkan harga. Compete pada harga. Bagi saya, strategi inilah antara strategi yang tidak berkesan. Ada banyak lagi cara untuk bersaing. Seperti, tambahkan kualiti bagi jauh lagi hebat, dan naikkan harga untuk menampung penambahan kualiti :)

    Sebab-sebab perniagaan kita “takut” pada letak harga tinggi ini lah  banyak perniagaan kecil-kecilan terutamanya orang Malaysia, tidak ke mana. Hanya di satu tahap sahaja dan tidak berkembang. Sebagai bukti, apa sangat produk atau jenama Malaysia yang keluar ke luar negara? Tidak banyak… yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa adalah yang berharga tinggi oleh kerana mempunyai “kuasa” keuntungan lebih untuk mengembangkan perniagaan.

    *Take note. Post saya ini bukan mengatakan untuk anda letakkan harga tinggi melambung pada produk yang berkualiti rendah. Tetapi, letak harga tinggi pada produk yang bernilai tinggi. Jangan “underprice” produk dan perkhidmatan anda. Yakin tentang kualiti produk atau hasil kerja anda, dan letakkan harga sebaiknya.

    Dan kalau orang tanya “Apsal mahal sangat produk ni?” anda jawab… IK yang suruh! ;)

    Beri kualiti perniagaan yang tinggi pada harga yang tinggi- dan lihat perniagaan anda berkembang dengan pesat!

    Pendapat Anda? [45] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Lagi-lagi mengenai harga :)
  • Menetapkan harga
  • Segan letak harga!
  • Masalah harga rendah

  • Posting saya kali ini panjang sikit kerana terbahagi kepada 3…

    1. Tip hari ini - Laman Mini, kecil-kecil cili api!
    2. Pemberian percuma kepada bekas peserta Workshop Jutawan Internet
    3. Workshop hujung minggu ini

    1. Tip hari ini - Laman Mini, kecil-kecil cili api!
    Sebenarnya, untuk memulakan perniagaan Internet, anda tidak perlu mempunyai laman web yang besar (banyak maklumat) seperti IrfanKhairi.com (mengandungi beratus-ratus mukasurat) ini atau RahsiaInternet.com (mengandungi berpuluh-puluh mukasurat).

    Dalam perniagaan Internet, ada strategi yang di panggil “Mini Site” atau saya olahkan sebagai Laman Mini. Laman Mini merujuk kepada laman web perniagaan Internet antara 1-3 mukasurat sahaja.

    Contoh Laman Mini: Cayalah.com (hanya 2 mukasurat- Laman Utama & FAQ) dan Mentor Jutawan (hanya 3 mukasurat- Laman Utama, Testimonial & Bayaran)

    mj-mini.gif
    Laman Mini Mentor Jutawan hanya 3 mukasurat!

    Jadi, untuk memulakan perniagaan Internet, tak perlu laman web besar-besar. Laman Mini pun sudah memadai. Laman Mini = kecil-kecil cili api!

    Itulah dianya tip mudah hari ini :)

    ===Pengumuman di bawah untuk peserta Workshop Jutawan Internet===

    wslogo.gif2. Pemberian LAMAN MINI percuma kepada bekas peserta Workshop Jutawan Internet!

    Kami akan melancarkan perkhidmatan Laman Mini PERCUMA untuk bekas-bekas peserta Workshop Jutawan Internet!

    Sejak 2005, ramai peserta telah manfaat dan memulakan perniagaan Internet dari rumah dengan membina laman web mereka sendiri. Ramai juga peserta yang telah beralih menjalankan perniagaan Internet secara fulltime dari rumah selepas menyertai Workshop Jutawan Internet!

    Dalam itu juga, ada juga segelintir yang “stuck” dan masih tidak memulakan perniagaan Internet! Agak rugi kalau ini terjadi oleh kerana tidak dapat menjana pendapatan!

    Jadi, berita baiknya, bagi kesemua peserta Workshop Jutawan Internet sejak tahun 2005 yang inginkan LAMAN MINI ini secara percuma!

    • Anda tidak perlu merekacipta laman web (kami akan menyediakan laman mini 3 mukasurat kepada anda)
    • Anda tidak perlu dapatkan domain name (kami akan beri sub-domain khas untuk anda)
    • Anda tidak perlu dapatkan web hosting (kami akan hostkan di server kami secara percuma)!

    Perkhidmatan ini adalah kerana kami betul-betul nak sangat anda mulakan perniagaan Internet dan memperoleh pendapatan melalui perniagaan anda! So, semua ini diberi percuma sempena bulan merdeka dan dah nak dekat bulan puasa :)

    Jadi bagi bekas peserta yang berminat sahaja , email kami di info@rahsiainternet.com dengan Nama penuh, email anda daftar dan tarikh anda sertai Workshop (PENTING) dan tajuk email “LAMAN MINI”. Jangan lepaskan peluang ini… pemberian surprise untuk semua… yang mahu!

    3. Worshop hujung minggu ini (Sabtu 23hb)
    Seperti di atas, peserta Workshop Jutawan Internet hujung minggu ini juga akan turut terima pemberian percuma Laman Mini ini!

    Cuma, ingin saya sebut di sini adalah, Workshop Jutawan Internet Sabtu ini adalah terakhir sebelum kami cuti 2 bulan. Dan… selepas 2 bulan, kami akan mula semula, tetapi, yuran penyertaan akan di tambah!

    Saya ulangi, harga pendaftaran Workhop Sabtu ini adalah terakhir, lepas ni, bertambah lagi untuk menampung perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan seperti Laman Mini percuma di atas.

    So, bagi yang ingin menyertai pada harga sekarang dan tidak mahu harga naik lagi seperti harga minyak naik, maklumat lanjut dan pendaftaran di sinii! Workshop Jutawan Internet Kuala Lumpur pada 23hb Ogos 2008.

    ps: Kami juga akan terbang ke Brunei dan Singapore hujung bulan ini. Layari http://www.rahsiainternet.com/workshop untuk maklumat lanjut.

    pps: Sebarang pertanyaan laman web mini percuma & workshop, sila email krew kami seperti di atas… hari ini komen ditutup sebab takut saya tak sempat balas ;)

    *kita cuti dari komen hari ini…

    Pendapat Anda? No Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • No related posts

  • Masih lagi saya nak sentuh mengenai Olympic. Actually Olympic dapat mengajar banyak perkara mengenai motivasi. Kalau anda lihat sebelum sesuatu perlumbaan, atau acara, camera akan fokus pada setiap atlit yang hendak bersaing sorang demi sorang. Masing-masing ada gaya tersendiri untuk “pump-up” atau naikkan semangat diri sendiri.

    Topik ikan yu semalam :) Michael Phelps juga mempunyai gaya tersendiri sebelum mula renang. Perasan tak beliau mesti dengar ipodnya sebelum renang. Beliau sebenarnya dengar lagu rap, kerana lagu rap membuatnya bersemangat untuk renang laju.

    Pernah saya terbaca pesanan Anthony Robbins mengatakan, satu startegi untuk menaikkan semangat kita pada bila-bila masa sahaja, adalah dengan menciptakan satu ritual. Satu keadaan dimana ia akan menjadikan kita bersemangat secara tiba-tiba. Kita sendiri boleh mencipta satu keadaan untuk trigger semangat kita secara tiba-tiba.

    Dulu, tak silap masa sukan SEA ada jaguh angkat berat Malaysia (again kalau tak silap), setiap kali sebelum angkat berat, akan jerit sekuat hati: “Ayah!”. Ini sebagai ritual untuk kuatkan semangatnya.

    Saya juga mempunyai ritual sendiri iaitu kalau nak memotivasikan diri time tengah “slow” saya pasang ipod saya lagu rock dengan kuat! Lepas dengar dua-tiga lagu… terus bersemangat balik :)

    Sekiranya anda tidak pernah cuba teknik motivasi ini, why not give it a try. Cari sesuatu yang boleh trigger motivasi anda. Dan jadikannya sebagai satu ritual untuk trigger motivasi anda pada bila-bila masa sahaja. Trigger tersebut tak semestinya dengar lagu rap/rock atau menjerit sekuat hati :)  Boleh juga trigger yang bersifat “menenangkan” seperti melihat keindahan alam atau melihat ikan di kolam. Bergantung kepada jiwa masing-masing!

    ps: “Ritual” dalam bahasa malaysia apa ya? ;) saya tak tau…

    Pendapat Anda? [48] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Tetapkan deadline matlamat anda
  • Mencuba pelbagai cara untuk berjaya
  • Buku idea perniagaan saya
  • Dua cara mengejar cita-cita

  • Bagi yang minat olympic, pastinya terpaku didepan TV je sejak beberapa hari lepas. Saya sendiri dulu-dulu ikut juga Olympic, tapi, waktu ni sibuk sikit, so, tak sempat nak ikuti…

    phelps.jpgWalaubagaimanapun, kalau tak ikut Olympic, satu nama yang pasti kita dengar Olympic Beijing kali ini adalah Michael Phelps- pemenang emas bagi acara renang dan kini beliau telah memenangi 11 pingat emas secara terkumpul daripada Olympic. Satu record baru yang dahulunya di pegang oleh atlit seperti Carl Lewis dengan 9 pingat emas.

    Olympic Beijing ini sahaja Phelps sudah mengumpul 5 pingat emas.

    Apakah rahsianya?

    “I have so many races, so much to do in every race, I have to keep 100 per cent focused. No matter how good, you have to force it out of your head,” -Michael Phelps

    • 100% fokus
    • Jangan fikir diri kita sudah bagus (penting ni)
    • Bersaing dengan diri sendiri, dan bukan oran lain!

    Walaupun kita tak masuk Olympic, tapi, strategi Phelps adalah sesuatu yang kita juga perlu ada!

    ps: Mana taknya hebat berenang… saya tengok badannya pun dah macam bentuk ikan yu (shark/jaws)!

    Pendapat Anda? [28] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Burger mana lagi sedap?
  • Jutawan siapa?
  • Bantuan & motivasi bagi yang sudah berjaya…
  • Dengan ilmu, semuanya boleh!

  • Thank you for all the birthday wish! Cinta Strawberry pun dah balik ke rumah… so, it’s back to work everybody! :)

    Sebut tentang “kerja”, ada beberapa perkara yang kita selalu dengar:

    1. Buat kerja yang kita suka (passionate), so, ia tidak menjadi satu kerja…
    2. Mulakan perniagaan kerana minat… bukan kerana duit. Duit akan datang kemudian…
    3. Kalau takde / tak tahu minat dalam apa-apa bidang macam mana nak mulakan perniagaan?

    How true is it? Betul ke 3 kenyataan di atas?

    Mungkin ada yang kata:

    1. Tak semestinya kita lakukan apa yang kita minat… asalkan kita mula sahaja!
    2. Kalau keadaan kewangan sedang tertekan, sudah pasti kita lakukan kerana duit dulu… bukan minat!
    3. Saya tak tau minat apa… atau terlalu banyak minat… macam mana nak mula? Tak boleh mula ke?

    Apa pendapat anda pula? Kali ini sesi “bincang-bincang”… perbincangan ilmiah ;)

    Pendapat Anda? [45] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Fasa PERTAMA dalam perniagaan
  • Passion, Skill & Hardwork - simple!
  • Susah ke nak jadi jutawan??
  • Minat & Wang

  • Hari ini antara hari gembira saya sekeluarga. Bukan sebab malam ni bermulanya Olympic, atau hari ni nombor ong :)

    Tapi hari ni, 08-08-08 hari menyambut kelahiran baby girl saya (dah masuk anak ke-4- sepasang lelaki & sepasang perempuan)! Perlu ramai anak, baru la boleh sama dengan Brad Pitt & Angelina Jolie :)

    straw.jpg

    Semalam ada juga yang sebut tentang kelahiran baby, memang betul lah andaian ramai :)

    Alhamdulillah ibu baby & baby girl sihat walafiat. Lahir pada jam 3.08pm berat 2.75kg.

    Bila tengok the new baby terasa teramat syukur dengan segala pemberian Allah SWT kepada saya dan keluarga. Deep inside, this is the best reason being a work-from-home parent.

    Sejak anak pertama lahir 6 tahun lepas, saya dan isteri sudah berkecimpung dalam perniagaan Internet. Setiap hari dapat melihat anak-anak membesar dan kami semua memang rapat. Sebab itu juga kami tak pernah ada orang gaji di rumah, sebab both kerja di rumah (melainkan bila saya ada jemputan).

    mestraw.jpgIt’s always a personal mission of mine untuk melihat lebih ramai ibu & ayah bekerja di rumah, dan one of the reason saya mempromosikan perniagaan Internet. Apa lagi reason terbaik kalau bukan dapat bersama anak-anak kan?

    Alhamdulillah, sehingga kini ramai juga yang telah membaca buku/produk dan hadir workshop saya telah berjaya menjadi stay at home parent. Kalau tak dapat dua-dua di rumah, sorang pun memadai bukan?

    I can’t stress enough how Internet business is the perfect business for parents at home. Tak seperti perniagaan kecil-kecilan yang lain, perniagaan Internet we can trully run from home pada modal yang rendah. I know sebab saya telah lakukannya selama 10 tahun!

    However, ia bukannya “easy money”. Perlu berusaha, dan dalami ilmu perniagaan Internet.

    Saya selalu promote Workshop Jutawan Internet, bukan sekadar promosi sahaja. Tetapi, sebab saya sendiri tahu bahawa ramai yang follow through the course telah bermanfaat dengan workshop ini dan berjaya memulakan perniagaan Internet dari rumah. Extra bonus for me kalau mereka menjadi stay at home parent :)

    Bila tengok my new baby girl, terasa amat peaceful dalam hati. Tengok di luar tingkap suite hospital di KL ni, dah mula nampak kereta beratur traffic jam. Mula orang ramai pulang ke rumah dari pejabat…

    Alangkah bestnya kalau mereka semua mulakan perniagaan Internet. Very peaceful… no more jam & more time at home with kids!

    Kalau anda working parent and nak give perniagaan Internet a shot, workshop terakhir kami sebelum cuti 2 bulan (puasa & raya)… Klik sini untuk KUALA LUMPUR 23/8/08 | BRUNEI 25/8/08 | SINGAPORE 30/8/08

    Why not give it a chance? Kalau bukan for the money pun, why not untuk peluang kerja dari rumah? :)

    BTW… siapa nama baby girl 08-08-08 yang ini? Namanya…

    Cinta Strawberry Abadi

    Welcome to the world!!!

    Pendapat Anda? [372] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Tetapkan deadline matlamat anda
  • Menangguhkan kerja = pencuri masa + pencuri hidup
  • Workshop Jutawan Internet: Singapore - KL - Sabah
  • 3 events akan datang…

  • Kesemua usahawan jutawan yang berjaya yang pernah saya jumpa menjadikan perniagaan sebagai tabiat!

    Apa kata anda fikirkan konsep ini- jadikan perniagaan sebagai tabiat anda. The habit of doing & running  business.

    Diri saya sendiri juga sudah menjadikan perniagaan sebagai tabiat. Kebanyakan masa dalam sehari saya luangkan dalam perniagaan dan fikirkan mengenai perniagaan. Bila perniagaan menjadi sebahagian daripada diri kita, dan ianya menjadi tabiat, ianya amat sukar untuk gagal dalam perniagaan.

    Bagaimana hendak menjadikan perniagaan sebagai tabiat? Saya ada satu jawapan yang amat bernas…

    Sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21 – 30 hari seterusnya, ianya akan menjadi tabiat dan kalau tidak, ilmu itu akan mati.
    – Rasullullah S.A.W

    Bukan sahaja perniagaan sebagai karier pilihan… tetapi, perniagaan dijadikan sebagai tabiat. Tabiat mencari rezeki perniagaan!

    ============= Pengumuman =============

    Workshop Jutawan Internet terakhir sebelum kami cuti 2 bulan sempena puasa & Raya… kami akan mengadakan workshop di Kuala Lumpur, Brunei Darussalam & Singapura!

    wslogo.gif

    “Pelajari Cara Memulakan Perniagaan Internet yang menguntungkan dari Rumah di Workshop Jutawan Internet!…”

    Wah… sibuk saya hujung bulan ni. Dalam sibuk-sibuk… tapi, sekarang ni saya tengah cuti sebentar. Cuti apa? Nanti esok saya kasi tau… ;) Cuti special ni…

    Pendapat Anda? [20] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Senarai jangan buat (Stop Doing List!)
  • Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-3
  • Parkinson’s Law dalam kewangan
  • Satu jam seminggu

  • Sering saya ditanya…

    Mana satu nak dipilih? Wang atau kebahagiaan? Mana yang lebih penting?

    Infact, di TV pun ketika “live” 2-3 kali soalan begini ditanya. Dan jawapan saya… kenapa perlu pilih satu?

    T Harv Eker (jutawan & penulis buku kekayaan) pernah berkata apabila di tanya soalan yang sama:

    Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki… mana satu pilihan anda?

    Sering kali, yang bertanya soalan begini, adalah mereka yang sedia tidak mempunyai wang. Atau, mereka yang mempunyai wang, tetapi, mengabaikan kebahagiaan hidup.

    Teringat pesanan Dato Dr Fadzilah Kamsah dalam Mentor Jutawan: Kita perlu imbangkan kekayaan & kebahagiaan. Dalam erti kata lain, perlu pilih kedua-duanya… bukan memilih SATU sahaja ;)

    Lepas ni, kalau saya terima soalan yang sama, boleh saya jawap seperti T Harv Eker…

    Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki… mana satu pilihan anda?

    Lebih direct… dan membuat orang berfikir. Mengapa perlu pilih SATU sahaja? Boleh tak kita miliki kedua-dua sekali!

    Pendapat Anda? [30] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kebahagiaan vs Kesengsaraan
  • Jangan takut dengan WANG!
  • Tempat terhangat untuk melabur RM1,000, RM5,000 atau RM10,000!
  • Wang & Anda - Jejak Jutawan

  • Next Page »